twitter
rss

SOALAN TATABAHASA

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
A. Kata Nama

1. ________________ ayah membuatkan kami ketawa terbahak-bahak.
A. Jenaka
B. Senyuman
C. Wajah
D. Pandangan

2. _______________ komputer yang digunakan oleh Salih telah rosak akibat tertumpah
air. (Gambar air tumpah terkena bahagian komputer yang memiliki punat-punat untuk
menaip.
A. Tetikus
B. Papan kekunci
C. Alat pemacu cakera
D. Cakera padat

3. Kami tertawa apabila melihat _________________ pelawak di ats pentas itu.
A. sikap
B. karenah
C. telatah
D. saranan

4. Penyanyi yang menyanyikan lagu berirama tradisional itu ialah seorang
_____________ yang terkenal.
A. biduan
B. seniman
C. sasterawan
D. graduan

5. Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Kapar Indah telah mendapat
_______________ yang meluas daripada pihak media.
A. tayangan
B. siaran
C. liputan
D. hebahan

6. _____________________ yang memperagakan pakaian itu kelihatan cantik dan
menawan.
A. Mahasiswa
B. Pramugari
C. Pragawati
D. Seniwati

7. ________________ badannya yang gempal itu tidak menjadi masalah kepada Aliza
untuk menyertai pertandingan merentas desa itu.
A. Raut
B. Susuk
C. Gaya
D. Wajah

8. Maimunah merujuk ____________________ untuk mengetahui maksud perkataan
yang tidak diketahuinya.
A. majalah
B. buku rujukan
C. ensiklopedia
D. kamus

9. _________________ Universiti Malaya menyertai Program Khidmat Bakti Siswa di
Kampung Jalan Kebun.
A. Murid
B. Pelajar
C. Peserta
D. Mahasiswa

10. Tragedi ________________ karam itu berpunca akibat penumpang melebihi had
yang ditetapkan.
A. feri
B. kayak
C. bot
D. rakit
B. Kata Ganti Diri

11. "______________ mohon diri, tuanku," kata Hang Tuah kepada Sultan.
A. Hamba
B. Patik
C. Saya
D. Aku

12. "Apakah gerangan ____________________ datang ke sini?" tanya Hang Jebat
kepada lelaki tua itu.
A. hamba
B. tuanku
C. baginda
D. tuan hamba

13. Angkasawan negara ialah seorang doktor. _________________ turut menghadiri
program bersama Perdana Menteri semalam.
A. Dia
B. Kalian
C. Beliau
D. Mereka

14. "Esok adalah perlawanan akhir _________________ mesti bermain bermatimatian,"
nasihat Encik Malik kepada pemain-pemain bola sepak Klang.
A. Kalian
B. Kamu
C. Kami
D. Kita

15. "Hei, apa yang _________________ buat di sini!" sergah Pak malim.
A. anda
B. engkau
C. tuan hamba
D. patik

16. Lima orang penunggang motosikal ditahan polis ketika berlumba. Sewaktu ditahan
_________________ tidak memiliki lesen memandu.
a. kamu
B. kalian
C. mereka
D. kami

17. "Wah, handal sungguh _____________________ bermain senjata!" puji Hang Tuah
kepada Hang Jebat.
A. awak
B. kamu
C. hamba
D. tuan hamba

18. Seorang pengedar dadah berjaya diberkas pihak polis semalam.
__________________ akan didakwa di bawah akta dadah berbahaya.
A. Dia
B. Beliau
C. Mereka
D. Awak

19. "Sungguhpun _________________ tinggal berjauhan namun ________________
kerap berhubung melalui e-mel," ujar Rahim kepada rakannya.
A. kita…. kita
B. kami…. kita
C. kita…. kami
D. kami…. kami

20. Sungguhpun Nabi Muhammad telah lama wafat, namun ajaran ________________
masih diamalkan oleh umat Islam.
A. Dia
B. Beliau
C. Baginda
D. Mereka
C. Penjodoh Bilangan

21. "Kebakaran hutan ini terjadi disebabkan pihak yang tidak bertanggungjawab
membuang ________________ rokok yang masih bernyala", ujar pegawai bomba.
A. sekotak
B. sekerat
C. sebatang
D. sepuntung

22. Pak Mail membahagikan se______________ durian kepada setiap anak-anaknya.
A. pangsa
B. butir
C. ulas
D. biji

23. Emak mengutip beberapa ________________ nasi yang bertaburan.
A. biji
B. ulas
C. buah
D. butir

24. Ayah memesan lima puluh _________________sate dan lima ________________
ketupat semasa menjamu selera di Gerai haji Samuri.
A. cucuk…. potong
B. batang….. potong
C. cucuk…. biji
D. batang…… bungkus

25. Ibu menampal se_______________ setem pada se_____________ poskad untuk
dipos kepada rakannya.
A. keping…. keping
B. keping… pucuk
C. helai… keping
D. helai…. pucuk

26. Mak Jah menjunjung _________________ kayu api untuk digunakan pada petang
nanti.
A. seikat
B. sekerat
C. seberkas
D. sebatang

27. "Belikan dua ___________________ majalah di Kedai Buku Popular," kata ayah
kepada abang.
A. buah
B. keping
C. naskhah
D. halaman

28. Seniman terkenal itu dianugerahi Sultan Selangor _________________ pakaian
tradisional sebagai mengenang jasa-jasa beliau.
A. sehelai
B. sepersalinan
C. sekaki
D. segulung

29. Dari tanah besar itu dapat kami lihat beberapa ________________ pulau kecil.
A. buah
B. gugus
C. tompok
D. bentuk

30. ___________________ tentera dikerah ke sempadan Malaysia-Thailand untuk
mengawal rusuhan yang tercetus.
A. Segugus
B. Sekawan
C. Sepasukan
D. Sekelompok

31. Beberapa _____________________ pandan di belakang rumah Alya hidup subur.
A. jambak
B. rumpun
C. pokok
D. gugus

32. Ayah memasukkan se_________________ filem ke dalam kameranya.
A. gelung
B. gulung
C. kajang
D. untai

33. Untuk membuat perhiasan dinding itu, Puteri hanya menggunakan beberapa
__________________ kain yang dijahit dengan se______________ benang.
A. cebis… lembar
B. helai… buku
C. carik… untai
D. keping … helai

34. Sewaktu ke sungai, abang membawa se______________ pukat dan
se_______________ pancing.
A. kaki… bilah
B. rawan… batang
C. lembar…. bentuk
D. gulung…. laras

35. Mak Cik Aini tidak jadi membeli se________________ rantai, sebaliknya dia
membeli se____________ anting-anting.
A. utas…. pasang
B. urat…. bentuk
C. lembar…. biji
D. lingkar …. kawan

D. Kata Adjektif

36. Kotak itu diangkut dengan berhati-hati kerana kandungannya mudah
___________________.
A. rapuh
B. pecah
C. punah
D. musnah

37. Pokok puding itu ____________________ kerana kurang subur.
A. rendah
B. bantut
C. renek
D. kerdil

38. Haikal __________________ sewaktu ditemuduga untuk jawatan penyelia.
A. panik
B. resah
C. gugup
D. bimbang

39. "Jangan ______________________ sewaktu menjawab soalan peperiksaan agar
tidak kerugian markah," nasihat Cikgu Saripah kepada calon-calon UPSR.
A. gopoh
B. gusar
C. gugup
D. gelojoh

40. "Cikgu, betulkah air perigi rasanya _________________?" tanya Hafiz kepada
Cikgu Syidah.
A. tawar
B. pahit
C. kelat
D. payau

41. Buah mangga yang masak ____________________ manis rasanya.
A. tua
B. ranum
C. mengkal
D. layu

42. Walaupun bergelar ibu _________________ namun Puan Athirah tabah
membesarkan anak-anaknya sehingga berjaya dalam pelajaran.
A. satu
B. sulung
C. tunggal
D. ketua

43. Zuliana menuntun basikal kerana tayarnya ____________________.
A. pecah
B. kempis
C. kembang
D. nipis

44. Jalan raya di sekitar Jalan Kebun __________________ akibat dilalui kenderaan
berat.
A. bengkang-bengkok
B. simpang-siur
C. lekak-lekuk
D. bonggol-bonggol

45. Halaman rumah _________________ apabila banyak pelita dinyalakan menjelang
hari raya.
A. bersinar-sinar
B. berkelip-kelipan
C. berkilau-kilauan
D. terang-benderang

46. Diana gagal dalam ujian kerana karangan yang ditulis amat __________________.
A. padat
B. ringkas
C. lengkap
D. panjang

47. Tempoh yang diberikan oleh majikannya untuk menyiapkan projek itu sangat
__________________.
A. cepat
B. segera
C. suntuk
D. pendek

48. Baju kebaya yang dipakai oleh Zahnita __________________ menyala warnanya.
A. kuning
B. hijau
C. merah
D. biru

49. Emak menasihati kami agar tidak memandang rendah insan yang bersaiz
___________________.
A. bantut
B. kerdil
C. renek
D. rendang

50. Mustafa yang _____________________ menerima hadiah semasa Majlis Anugerah
Kecemerlangan baru-baru ini.
A. terang hati
B. ambil hati
C. celik hati
D. sampai hati

1 comments:

  1. jawapan nak cari di mana cikgu shida :)