twitter
rss

LATIHAN TATABAHASA

Soalan 1 hingga Soalan 20

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Tempayan besar itu diletakkan di tepi rumah untuk _____________ air hujan.
A. menahan
B. menadah
C. menimba
C. menabung

2. Pak Din sangat _________________ dalam kerja-kerja pertukangan besi.
A. petah
B. pantas
C. mahir
D. tangkas

3. Puan Maimun membeli se________________baju kebaya di Butik Anggun.
A. keping
B. bidang
C. lembar
D. pasang

4. Encik Wong menggilap kereta untuk menghilangkan kesan ____________________.
A. cakar
B. calar
C. kasar
D. kesat

5. "Bukan saya yang menendang bola itu tetapi ______________," kata Chai Hock
kepada Cikgu Adi sambil menunjukkan ke arah Muthu.
A. saya
B. kami
C. dia
D. kita

6. Nasi yang dimasak oleh kakak __________________ dan berkerak.
A. lemau
B. hangit
C. hangat
D. garing

7. Jailani masih berkawan dengan budak-budak nakal itu _______________ sudah
dilarang oleh ibunya.
A. hingga
B. sekiranya
C. biarpun
D. justeru

8. Rizal ___________________ menipu saya sedangkan kami berdua bersahabat baik.
A. tergamam
B. tergamak
C. tersentak
D. terkejut

9. Kamal __________________ tin-tin kosong itu untuk dihantar ke pusat kitar semula.
A. mengaut
B. mencapai
C. mengambil
D. memungut

10. ____________________ hari saya membaca akhbar untuk mengetahui peristiwa
yang berlaku di __________________ dunia.
A. Semua…….. setengah
B. Setiap………… seluruh
C. Setengah……….. sekalian
D. Segala…………. sebahagian

11. Faizal __________________ tangannya untuk berjabat salam dengan Jamal
sebagai tanda perkenalan.
A. meluruskan
B. menjulurkan
C. mendepakan
D. menghulurkan

12. "___________________ maaf. Para penumpang diminta turun kerana bas ini
mengalami kerosakan enjin," kata pemandu bas itu.
A. Sila
B. Harap
C. Tolong
D. Jangan

13. Janganlah mudah mempercayai perkara yang _____________________.
A. haru-biru
B. karut-marut
C. gundah-gulana
D. porak-peranda

14. Mak Tijah memasukkan beberapa potong kulit ___________________ ke dalam
masakannya.
A. kayu api
B. kayu ukur
C. kayu manis
D. kayu balak

15. Ibu sedang ________________ periuk yang kotor itu.
A. mengikis
B. mengesat
C. menggilap
D. menyental

16. "Berbudilah kepada orang tua kamu _________________ mereka masih hidup,"
kata Pak Tua kepada anak muda itu.
A. sehingga
B. semenjak
C. selagi
D. sambil

17. Penduduk kampung __________________ cadangan pembinaan loji kumbahan
najis di kampung itu.
A. menyerang
B. menentang
C. menghalau
D. memberontak

18. Salakan anjing ___________________ kedengaran pada tengah malam itu.
A. takut-takut
B. nyaris-nyaris
C. sayup-sayup
D. samar-samar

19. Kawasan itu disyaki menjadi tempat persembunyian ________________ tanpa izin.
A. pendatang
B. didatangkan
C. kedatangan
D. mendatangkan

20. Puan Mahani menyerahkan se_________________ kunci rumah kepada jirannya.
A. gugus
B. rumpun
C. kawan
D. berkas

0 comments: